Wednesday 12 October 2011

SMK AGAMA KUALA SELANGOR

SEJARAH SEKOLAH
SMK  Agama Kuala Selangor terletak kira-kira 5 km daripada pecan Kuala Selangor. Kedudukannya ialah di pekan Pasir Penambang. Dibina pada tahun 1991 dan siap sepenuhnya pada awal  tahun 1994.Sekolah mula beroperasi tanpa pelajar pada 16 April 1994 dengan jumlah kakitangan seramai 13 orang termasuk pengetua.
Penyerahan sekolah oleh pemaju kepada pengetua dilakukan pada bulan Mei 19194 dengan bersaksikan jurutera daerah Kuala Selabgor dan wakil Jabatan Pelajaran Negeri Selangor iaitu Encik Daruddin bin Taib (KPP Bahagian Pendidikan Islam masa itu).Semasa penyerahan sekolah telah lengkap dengan kemudahan asas yang merangkumi  2 blok bangunan sekolah, 1 dewan besar,1 surau,1 kantin,1 dewan makan, 4 blok asrama dan 23 rumah kakitangan(13 rumah guru dan 10 rumah kakitangan sokongan).
Sekolah dibuka sepenuhnya pada 19 Jun 1994 dengan kehadiran pelajar tingkatan 1 dan tingkatan sahaja seramai 214 orang.Tingkatan 1 dibahagikan kepada 4 kelas dan tingkatan 4 dipecahkan kepada 2 kelas dengan 2 aliran yang berbeza iaitu sains dan sastera. Keseluruhan pelajar adalah tinggal di asrama dam mereka adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang terpilih berdasarkan keputusan UPSR dan PMR. Namun begitu,sekolah ini adalah bertaraf sekolah harian biasa walaupun pelajarnya terpilih dan semuanya tinggal di asrama.
Pada peringkat awal pembinaan sekolah ini,  ia adalah merupakan bangunan baru bagi sekolah SMK Agama Kajang yang telah wujud sejak 1985 lagi. Memandangkan kedudukannya yang terletak di Kuala Selangor, maka ia dinamakan dengan sempena nama Bandar Kuala Selangor.
Pada dasarnya sekolah yang berstatus sekolah aliran agama ini adalah du bawah pengurusan Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelakaran Malaysia. Sememtara itu pengurusan peringkat negeri adalah di bawah kelolaan Jabatan Pelaran Negeri Selangor.
Di awal pembukaan sekolah ini, kerana jumlah pelajar yang tidak ramai, sekolah ini dikelaskan sebagai gred B. Namun begitu pada 1997 ia dinaik taraf menjadi sekolah gred A. Pengiktirafkan ini telah diumumkan oleh YAB Datuk Seri Najib bin Tun Razak yang merupakan menteri pelajaran pada masa itu.
Perasmian sekolah ini telah dibuat secara gilang gemilang pada 22 Mei 1997 bersamaan 5 Muharam 1418 H. Ia telah disempurnakan oleh menteri pelajaran pada masa itu iaitu YAB Datuk Seri Najib.  





Logo Sekolah







Lingkaran lima bulatan, rehal, kitab, bulatan dan bintang:

Sukan, ilmu duniawi dan ukhrawi yang suci lagi benar dalam ruang lingkup keislaman yang syumul sangat dituntut untuk dipelajari dan diamalkan. Kejayaan bukan mudah dicapai, perlu menempuh pelbagai halangan dan melalui tangga rintangan. Kesatuan sifat tabah, tekun dan sabar pasti menjamin kejayaan yang cemerlang seterusnya melahirkan  insan kamil. Insan kamil membawa maksud manusia yang sesungguhnya  beriman hanya kepada Allah,mempunyai ketinggian berilmu dan sentiasa  beramal berasaskan ajaran dan kehendak Islam yang sebenarnya.

Warna merah, kuning putih dan hijau

Merah dan kuning membawa maksud keberaniaan dan kesetiaan. Ia juga berasaskan warna bendera Negeri Selangor Darul Ehsan. Putih mencerminkan kesucian dan hijau melambangkan warna keislaman.

Cogan kata Iman, Ilmu, Amal:
Setiap insan perlu beriman berlandaskan hidayah Allah. Iman merupakan benteng untuk menghalang dari melakukan kemungkaran menuntut. Ilmu adalah asas untuk menjadikan manusia lebih bertamadun dan berpengetahuan tinggi. Amal membawa maksud mengamalkan dan memanafaat ilmu yan dituntut untuk demi kesejahteraan. Beriman, berilmu dan beramal di jalan Allah sangat dituntut dalam Islam.




MAKSUD DISEBALIK BENDERA KAMI…….


Latar warna Hijau Muda
-Melambangkan keharmonian,kemesraan dan kesepaduan hidup warga sekolah

Tiga jalur menyerong (Merah,Kuning,Hijau Tua)
Bermaksud kesepaduan matlamat hidup dunia dan akhirat yang berlandaskan Al-Quran,Hadith dan Sunnah

Warna Merah
-semangat dan keberanian

Warna kuning
-Kesetiaan kepada raja dan kerajaan Malaysia

Warna Hijau Tua
-bermaksud tunggak kepada kehidupan iaitu  kepercayaan kepada Islam

Lencana Sekolah
-Melambangkan rasa sayang dan cinta kepada sekolah dan patuh kepada peraturannya



No comments:

Post a Comment